Saturday, January 11, 2014

blood is thicker than water , eh ?


i'm talking about blood people . beware of draculas and penanggals muahahaha *evil laugh*


so general knowledge la sikit saje nak sharing :

ada banyak jenis darah ikut silibus bio SPM ( kalau salah betul kan eh hihi ini mengikut memori je ni buku bio dlm kotak lagi >< )

AA , AB , BB . 
ini jenis homozigot dominan . sebab dua2 alel dominan . A dan B dominan . O pulak resesif 

AO , BO . 
ini jenis heterozigot dominan . sebab ada dua2 alel dominan dan resesif . tapi jenis darah org tu ikut yg dominan la A atau B 

OO .
ini jenis homozigot resesif . sebab dua2 alel resesif . 


boleh ikut tak ? hehe 

jenis AB boleh terima darah kepada semua jenis darah . atau nama nya universal recipient . tapi AB boleh derma kepada AB sahaja . hehe kedekut kan ? 

jenis O pulak boleh derma kepada semua jenis darah . atau nama nya universal donor . tapi O boleh terima daripada O sahaja . mulia kan hati tapi kesian ... haha 

yang A dan B pulak boleh derma dan terima dari jenis sendiri dan universal donor and recipient tu lah tadi . 

hmm tu lah dia ... haha faham tak ni ? 

so kalau anak2 mereka ni akan ikut mak ayah punya jenis darah la . kalau dua2 homozigot dominan , so anak2 pun mungkin homozigot dominan juga . 

kalau salah seorang parents lain jenis so anak2 pun mungkin ada posibilities yg berbeza2 . mcm tu lah . 

nak tahu lebih pergi mengaji bio lah dgn guru yg sohih haha , saya ni result spm pun belum tentu distinction pun . tapi doakan lah ye A+ . dah buat all out dah haritu huhu . Allah juga penentu nya . amiin :)

so yeah this is it :

1. JENIS DARAH A ADALAH PETANI (FARMERS) 

Mereka berdarah A adalah golongan pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup. 

Peribadi Asas:
Berhati-hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah. 

Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan. 

Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain. 

Bagaimana Mereka Bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan. 

2. JENIS DARAH B ADALAH PEMBURU (HUNTERS)

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal. 

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang. 

Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau: 
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam. 

Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan: 
Seorang yang "expressive","cool", dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar "mood" seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana Mereka Bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi, sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan. 

3. JENIS DARAH AB ADALAH AHLI KEMANUSIAAN (HUMANISTS)

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka. 

Peribadi Asas: 
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar. 

Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain. 

Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya "cool" dan "steady", tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi "moody" sekelip mata. 

Bagaimana Mereka Bekerja:
Boleh mmenguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat "follow up" sebelum projek kerja diselesaikan.

4. JENIS DARAH O ADALAH PEJUANG (WARRIORS)

Mereka "outgoing","expressive", dan "passionate". O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga. 

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia. 

Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau: 
Positif tentang masa lampau, oleh itu, tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan. 

Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus. 

Bagaimana Mereka Bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung kepada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci. 




* so dah identify anda ni macam mana haa . ke tak tahu pun jenis darah sendiri apa ? haha parah ni , pergi la check kalau tetiba ada aral melintang nanti senang . better late than never kan ? haha but it's better to never be late ! 

lagi beberapa hari dah nak 18 dah so dah boleh derma darah ! haha . harap2 cukup kriteria untuk derma at least boleh dapat saham bantu orang lain kan ? 

tapi kriteria ni tak semestinya betul pun . kalau terlalu percaya pun susah jugak . hanya untuk hiburan haha 

yang penting sikap2 positif tu kita boleh je nak pupuk dalam diri dan sifat2 negatif tu kalau betul2 bersungguh boleh je kita nak kikis . nak ke tak nak je betul tak ? 


peace ^^


No comments:

Post a Comment