Thursday, December 30, 2010

stay .







no goodbye .





-_- Zzz


expression saya pagi pagi buta nih :

*zzt..zzt..zzt..zzt (alarm bunyi)

eh ? aku nampak alarm ni bunyi ! *dan biasanya orang kata

awalnya aku bangun ! (yeay!)

tapi hari ni aku kata...

"lambatnya aku tidur .. aku tak tidur lagi alarm ni dah bunyi dah? ..."
(dengan muka blurr dan pening dan tak larat .. )

jadi , moral of the story is...

jangan , jangan , JANGAN !

buat kerja kerja last minute ok?

or you will end up being a new species of nocturnal that doesn't even sleep during the day because of lack of time ...

jangan tiru macam saya ....

jom solat subuh ! dh nk azan dh nih...

Tuesday, December 28, 2010

pergi ~

*innalillahi wainna ilaihi raji'un

assalamualaikum .

semalam , dalam pukul 3.30 pagi
kawan saya ,
asyiah abdullah , baru 14 tahun , sudah 14 tahun ,
pergi meninggalkan dunia
menuju ke alam seterusnya

peringatan untuk kita yang masih hidup ,
Allah ambil tak kira umur ,
ingat tu .

moga roh nya damai dalam lembayung rahmatNnya

Al fatihah ~

Friday, December 17, 2010

ghazwul fikr ...








sumber dari : [sini]

mari jadi remaja yg HEBAT !


assalamualaikum.

pada suatu hari, sy menonton tv , rancangan liga ilmu , di astro oasis , masa tu , ada seorang ustaz tu (muka dia familiar tp xtau nme dy apa) kongsi pasal satu remaja yang hebat .

at first dy cakap pasal bagaimana orang yang teruk boleh menjadi hebat . buktinya ada pada zaman Rasulullah (peace be upon him) dulu , iaitu saidina Umar r.a. dulu masa dia jahil dia lah yg paling gangster , paling kuat dan berani menentang Rasulullah . tetapi bila dia dapat hidayah Allah dan menerima Islam , dia lah yang paling berani sehingga dia berani mengisytiharkan yang dia nak pergi berhijrah dengan berkata , "siapa yang isteri dy jadi janda , anak2 kehilangan ayah , halang lah perjalanan aku ."

lihat , saidina Umar r.a. yang paling hebat , paling berani pada masa dia jahiliyah dulu , boleh jadi yang paling hebat dan paling berani pada masa dia Islam . kerana apa?

kerana dia gunakan kehebatan yang dia ada pada masa jahiliyah , dalam Islam , dengan menyingkirkan jahiliyah yang dia ada dulu dan gantikan dengan Islam..

sekarang ni, bila cakap REMAJA je , nampak masalah , gejala sosial , and so on , so on yang buruk buruk lah .

dan ustaz tu cerita kan kisah seorang remaja yang dahulu nya jahiliyah tetapi diberi hidayah dan masuk Islam , nama dia sa'labah bin abd rahman .

pada suatu hari , Rasulullah suruh sa'labah ni cari satu barang , and dia pun pegi lah cari , tengah tengah cari tu tiba tiba satu pintu terselak (pintu zaman dulu bukan macam kita skrang ni, pintu time tu kain guni or sth) and sa'labah ni ternampak seorang perempuan mandi.

lepas tu, dia terus berpaling dan cakap "auzubillah !" (cbe bayang klu org skrang yg nampak, rse2 dyorg ckp pe ek? bayang je jgn jawab) . lepas tu disebabkan rasa berdosa yg amat sangat , dia pergi ke kaki bukit utk bertaubat..banyak hari dia duduk kat situ tak makan makan..hanya minum susu kambing yg dia bawa je..sampai dia sakit

Rasulullah pun suruh sahabat bawa dia balik..pastu dipendekkan cerita (ustaz tu yg pendekkan ye, bkn sy xnk citer) dia meninggal dunia di pangkuan Rasulullah..

masa nak kebumikan jenazah sa'labah ni, sahabat2 ramai berkumpul , dikeliling kuburan dia , masa tu Rasulullah nak lalu , sahabat2 pun buat laluan ( tengah2 kosong la mcmtu) . tapi , masa Rasulullah lalu , baginda lalu tu macam tak selesa,

seorang sahabat tanya baginda " kenapa macam lalu tak selesa ? kami dah buat laluan." and then, Rasulullah pun jawab "sesungguhnya kamu tak nampak betapa ramai nya malaikat yang hantar jenazah sa'labah ni"

see? dia juga seorang remaja , macam sy dan mungkin anda..dy pernah lalui masa2 jahiliyah..kita pernah? dy mampu jadi hebat , mengapa tidak kita?

*jadi mari, jadi remaja yang HEBAT di dunia dan akhirat .. belajar dari sirah , sebab dalam buku sejarah form 1 ada tulis .. who ever forgets the past are condenmed to repeat it...

kalau bukan kita, siapa lagi? kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bukan kat sini, kat mana lagi?

Wednesday, December 15, 2010

this is a very wise 'nenek' :)


ok . i can sense some fonds here and there ... so this is a story that can tickle your funny bone..serius ! :)

my nenek found herself seated next to a lawyer on her flight to New Zealand. teh lawyer was bored and wanted to play a game of intelligence with nenek. the lawyer said every time nenek could not answer one of his questions, she owed him RM5, but every time he could not answer hers, he'd give her RM50. the lawyer figured he would not lose *mmg berlagak punye lawyer* and nenek naturally accepted..

the lawyer first asked, "how long would it take a man to walk up Genting Highlands and back from Kuala Lumpur?"

without saying a word nenek handed him RM5 and then asked, "what goes into a well at midnight and comes out in the morning with a sackful of money?" well, the lawyer looked up all he could on his laptop, trying to find the answer. finally , angry and frustrated , he gave up and paid nenek RM50. granny put the money into her handbag without saying a word, but the lawyer insisted, "what is the answer to your question?" without saying a word nenek handed him RM5...

*well, this nenek is very wise indeed..dia pun can play the game her way kan? tu ar berlagak sangat .. take THAT mr. lawyer ! and please note that this is NOT my nenek..ok ?

jadi lain kali..jangan pandang orang sebelah mata..kerana air yang tenang jangan disangka tiada buaya..

Tuesday, December 14, 2010

pengajaran pertama tentang food chain...


bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
macam mana aku tak kurus, ikan tak timbul timbul..

ikan oh ikan kenapa kau tak timbul?
macam mana aku tak timbul, rumput panjang sangat..

rumput oh rumput kenapa panjang sangat?
macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku..

kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput?
macam mana aku nak makan, perut aku sakit..

perut oh perut kenapa engkau sakit?
macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah..

nasi oh nasi kenapa engkau mentah?
macam mana aku tak mentah, kayu api basah..

kayu oh kayu kenapa engkau basah?
macam mana aku tak basah, hujan timpa aku..

hujan oh hujan kenapa timpa kayu?
macam mana aku tak timpa, katak panggil aku..

katak oh katak kenapa panggil hujan?
macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku..

ular oh ular kenapa makan katak?
macam mana aku tak makan, memang makanan aku...

*see ? we already learnt about food chain in tadika..hah ha..but, on second thought lagu ni macam suka cari alasan..salahkan org lain..asyik tanya kenapa je..nnt jd macam zaman nabi musa a.s. pulak..huishh..cannot be this way...

let's just stick with the first thought as the second thought is quite negative..hoh ho..we dun want the children to get that negative part so, shhhh....dun speak a word to them about this, ok??hah ha....

Monday, December 13, 2010



tanya sama pokok
apa sebab goyang?
nanti jawab pokok
angin yang goncang

tanya sama angin
apa sebab goyang
nanti jawab angin
tanya lah awan

awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair

lihat dalam air
nampak bayang bayang
campak satu batu
bayang pun hilang

bayang pun hilang.....

*long live the childhood days...i miss 'em big BIG time...kita memang baru reti nk appreciate bila dh hilang eh?

Friday, December 10, 2010

malam .






sweet dreams till sunbeams find you
sweet dreams that leave all worries behind you
but in your dreams , whatever they'll be
dream a little dream of me ...






* aduhh..kemaruk kemarukk...help !

Monday, December 6, 2010

kejadian ragut .

assalamualaikum .

tadi , masa otw keluar dari shell di taman connaught , abah angah dan saya , ternampak seorang mak cik cina ..

makcik ni pegang kunci kereta , pastu lari lari sambil gawang gawang kan tangan dia serta menjerit jerit " police !! police !!" kuat sangat sampai boleh dengar dari dalam kereta .. dengan ekspresi muka yang ... sedih + marah + tension ..

kitorg ingatkan kereta dia kena curi sebab dia tengah pegang kunci kereta .. tapi sebenarnya dia kena RAGUT ! oleh seorg budak yang menunggang motorsikal tetapi tak sempat nak tengok plate number sebab laju sangat , menurut seorg pakcik india .. memang PANDAI sungguh PERAGUT tu !

tapi , taman connaught memang kawasan bahaya .. banyak bank , banyak kereta , banyak polis berkawal ..

so berhati hati lah ya !

kepada PEMILIK HANDBAG , jangan letak handbag rata rata , kepit handbag selalu , jangan halakan handbag kearah jalan , dan berwaspadalah ! demi keselematan dan kesengan anda juga ..

kepada PERAGUT , tolong lah insaf dan bertaubat , banyak lagi cara lain untuk gain money selain mencuri dan meragut seperti bekerja , simpanan , berjimat dan berusaha bersungguh sungguh kerana usaha tangga kejayaan ! hidup tak diredhai , tak berkat dunia akhirat selagi tak bertaubat , tahu?

maka , ingat lah bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi .. kalau pihak peragut tak meragut takkan jadi kejadian ragut . dan kalau pihak diragut berhati hati juga tak jadi kejadian ragut ..


Sunday, December 5, 2010

sweet sangat :)



assalamualaikum.

haritu , masa usrah terakhir 2010 kat smkakl , kak syafa ada bagi beberapa cerita . pasal kawan . kawan sangat memberi effect pada diri kita . abah kata " kawan dengan org pandai , pandai lah kau . kawan dengan orang malas , malas lah kau ." sampai macam tu eh impak kawan dalam hidup?

cerita 1#

ada dua orang kawan baik, A dan B . dorg ni hidup miskin susah . pada satu hari...

A : eh B . sampai bila kita nak susah je ni . jom kita lumba , kita doa untuk hidup senang ,tengok doa siapa yang makbul dulu .

B : okeh ...

maka , si A dan si B ni pun doa lah hari hari dengan giat nya... selepas itu , alhamdulillah si A dah hidup senang banyak harta semua , tapi si B ni macam tu jugak hidup dia , tak hidup senang lagi...tapi dia redho je..

A : B, asal kau tak hidup senang lagi , kau tak doa sungguh sungguh ke?

B : dah sungguh sungguh dah...

A : habis tu , kenapa tak senang lagi? kau doa apa?

B : aku doa kat Allah supaya semua doa kawan aku makbul...aku doa sungguh sungguh tau !

sweet kawan camni kan?


* aku rindu kawan kawan sekolah .... wawawa :'(

Thursday, November 25, 2010

aahh , rindu !

assalamualaikum .

video 22nd generation smkakl .
credit to fairus .
sy rasa best je .
tak tau lah anda nak kata apa .
nah , tengok !

enjoy ;)


worth to ponder ...



" islam bermula dalam keadaan yang asing , dan akan berakhir dalam keadaan yang asing , maka berbahagia lah orang orang yang asing "














source : badar smkakl , and they stated that it is from this blog

Saturday, November 6, 2010

alhamdulillah =]



semana kaya atau besar, tetap allahuakbar !


Sunday, August 29, 2010

think straight .

assalamualaikum.

hari tu duduk di meja prep sambil berangan..tiba tiba teringat teka teki abah..

Q: why did the chicken cross the road?
A: sebab takde kereta..
B: sebab nak kejar ayam lagi sekor..
C: sebab dia takde akal..
real answer : because it wanted to go to the other side..

Q: how many sides does a circle have?
A: mana ada side..cikgu math kata takde..
B: tiga belas..
C: lapan?
real answer: 2 sides..inSIDE and outSIDE..

waaahhh...gila punya senang tapi susah kan?
sebab kita pikir terlampau complicated sampai benda straight forward pun jadi tonggang tunggik..

jadi, clear our minds and think straight..

Thursday, August 12, 2010

ramadhan =)


assalamualaikum..


11 ogos 2010.


ramadhan tiba lagi menjenguk kita.. alhamdulillah


ramadhan maksudnya panas terik. pada bulan panas, biasanya orang lagi suka nak duduk buat dunno..relax relax je.. and sit down and do nothing. betul, kan? eleh..tak yah malu malu..aku pun rasa macam tu jugak..hee


tetapi kan.. kenapa Allah suruh kita beramal lebih pada bulan yang orang lebih suka untuk berehat ini? kerana kita orang islam berehat dengan beramal.. kita berehat bukan sia sia saja.. rehat dengan beramal.. amalan itulah kerehatan sebenar bagi orang yang beriman..


" wahai orang orang yang beriman, ditetapkan atas kamu semua untuk berpuasa sebagaimana yang telah ditetapkan keatas orang orang yang terdahulu. supaya kamu beroleh takwa." (al baqarah : 183)


jadi..mari kita mengimarahkan bulan ramadhan yang penuh barakah ini..dan lagi satu jangan lah beramal bila ramadhan je..cuba untuk istiqamah dan teruskan amalan kita ni di bulan bulan seterusnya.. boleh ke? mesti lah boleh.. nak ke tak nak je.. tak drastik pun tak mengapa..lagi bagus rasanya.. a little a day but everyday.. ok?

Friday, July 30, 2010

kucing dan ular buta

assalamualaikum.




ada seekor kucing..
dia kenal dengan seekor ular yang buta..

pada satu hari..
kucing ni ternampak..
orang jual daging..
sedang memotong daging..

tiba tiba..
kucing ni ambik satu keping daging..
bawak pergi satu lubang..

rupanya..
dalam lubang tu..
ada ular yang buta tadi..

kucing tu bagi ular buta tu..
daging..

supaya dia boleh makan..

supaya ular tu tak mati kebuluran..

supaya ular tu terus hidup..

kucing tu..
memang patut..
dibuat contoh..

walaupun berlainan jenis kan?
ular dengan kucing..
kucing tu tetap tolong
ular yang berlainan jenis dengan dia..
sebab kucing tu tahu..
ular tu sedang dalam kesusahan..

kalau kita
jumpa orang lain..
yang bukan sejenis dengan kita..

ditimpa kesusahan..

kita buat apa?

Sunday, July 18, 2010

puteriku sayang.

assalamualaikum.




lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

...

malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan boleh merampasnya
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

...

ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya

...

muslimah..because you are worthwhile ~

Saturday, July 17, 2010

erti =)

assalamualaikum.

3 minggu..dan banyak cerita..sangat banyak.

minggu pertama..

tak banyak..just ada minggu puteri ku sayang..fatimah syarha datang bagi talk..ada night of mujahidah..and fullstop...tak leh cerita..rahsia~

minggu kedua..

ada minggu kki..and kemuncak nya ada..MAKSI..best..banyak video..keseluruhannya..f4 punya lah paling best..f2 lawak terlebih.. f1 agak semart..f5 punya panjang benar and banyak hantu..ada ke dia kata..'pasti kan siapa yg berada di kiri dan kanan anda...' wehh...

ada futsal..pakai kain batik pulak tuh..and alhamdulillah..dapat nombor dua...hoh ho..kenyang makan hamper..wahahaha

ada jugak 'gangguan' tapi.. still recovering..cuak ohh..tp kena kuat..huhh!

minggu ke tiga

banyak kes lah.. scandalism..attitude problem.. dan banyak sangat yang berlaku yang melibatkan ketersiratan..dan juga..fikir dan zikir..

justeru...

pengajaran yang dapat diambil dari ketiga tiga minggu ini ialah..
  1. pelihara maruah diri..hargai diri yang sekarang ini..mesti improve hari demi hari.. muslimah, because you are worthwhile~
  2. bersatu teguh bercerai roboh..
  3. pelihara bahasa anda
  4. jagalah kebersihan..inside and out
  5. sebagus mana pun anda, kalau attitude tak betul..sampai bila bila pun tak jadi gak..percaya lah..
itu sahaja lah..sekian~

Sunday, June 20, 2010

haiyoh...

assalamualaikum..

cuti dah habis..

so..this is goodbye..for now..

so long..

farewell..

dia tengah tunggu tu..bye lah..huh hu



tacing ouh..

hah ha..nanti jumpa lagi eh..ok?

Saturday, June 19, 2010

minat lama timbul kembali ??

assalamualaikum.

semalam baca gurindam jiwa yg ada 3 cerita tu..dalam cerita tuh ada lah yg hlovate tulis..pasal music music nih..pastu aku yang rajin pergi lah cari kat youtube..nak jugak dengar an..

and yg paling menarik aku untuk mencuba is...

canon in D major by john pachelbel..




sedap kan?

sedang mencuba cuba untuk tiru..ntah bila boleh main benda nih..dari pagi sampai sekarang..dapat part starting je..tak pe..usaha tangga kejayaan!! huhh!!! *dengan muka bersemangat..ahahhahah

nanti nak balik sekolah dah kan? waaa..tak mahu!! tak mahu!!!

Wednesday, June 16, 2010

harapan =)

assalamualaikum..

hari ini aku lihat kolam abah..tiba tiba teringat..

biduk lalu kiambang bertaut..



kita kena lah mcm peribahasa uh..masih bersatu walau masalah menimpa, okeh?



*berharap nih

Monday, June 14, 2010

Qiut Smoking Clinic ( QSC)

* leave them alone..that's better.


assalamualaikum.

ini benda IJN mari..

IJN caring beyond your heart.

DO YOU KNOW??
there are about 4000 chemicals in a cigarette. 200 of them are poisonous to our body.the nicotine in the cigarette makes you dependent on the cigarette and keeps you smoking even if you want to stop. (ketagih lah ni..)

WHY STOP??
you prevent :
  1. risk of disease like cancers, lung infection and heart disease.
  2. infertility/ erectile dysfunction (mandul?? huh)
  3. low birth weight babies..
you protect :
  1. your loved ones who become passive or second hand smokers through your cigarette smoke. it just take 15 minutes twice a week to put them at risk of diseases and cancers.
you improve :
  1. more stamina and alertness (tak lah lampi en?)
  2. better sense of taste and smell
  3. fresh breathe and cleaner teeth ( baru lah lawa)
you save money too!

YOU WANT TO QUIT BUT YOU...
  • always find it a struggle ( the craving is too long )
  • feel the side effect are not worth it
  • cannot overcome the temptation ( huh..godaan )
  • cannot concentrate
  • do not have the support to help you stop
  • are afraid of losing your 'friends'
  • DON'T KNOW HOW..
YOU CAN DO IT!!
it is not easy to stop smoking ( why start?? ) but do not give up trying..

TIPS TO HELP YOU QUIT :
  • be serius and determined to quit
  • set a date to quit
  • avoid temptation. distract yourself.
  • get your family to support you
  • quit with a friend ( who smokes too )
  • treat yourself or family with the money saved from buying cigarette..( boleh top up pahala..)
  • seek help from QUIT SMOKING CLINIC ( promote )
  • use nicotine and non nicotine replacement therapy.
change your bad habits and live a healthier and happier life with your family.
love your heart. lead a healthier lifestyle.
you can do it!!

for more info :
03 26178585
info@ijn.com.my


"...Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk..." ( 7 : 157 )
* buruk lah merokok ni..tak hensem pun.

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan" (1 : 195 )
*merokok termasuk dalam punca punca yg menyebabkan kebinasaan tanpa keraguan.

" dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.." ( 17 : 26-27 )
* membazir kot merokok uh..save ar duit tu belanja org..

hadith riwayat Abu Daud dalam sunannya, katanya : "Harun bin Abdullah menceritakan kepada kami, katanya Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, katanya, Yunus bin Ishak menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Abu Hurairah ra. katanya : " Rasulullah saw. melarang mengambil ubat ubatan yang keji." ( hadith sohih )
* ubat keji pun rasulullah tak bagi..lagi lah ibu kekejian which is rokok uh..

renung renung kan and selamat beramal~

Saturday, June 12, 2010

luck, ey?




assalamualaikum.

hello..

hari ni best lah.. pergi tengok shrek kat jusco cheras selatan..with mak mah and kak tirah and aliah and didil and khairil.. huh ramainya budak kecik..hah ha.. mak mah pergi import anak mak tit datang KL.. sebab mak mah nad khairil are alone today.. bapak nya pergi balik kampung..



patut nya aku pergi tengok pak jam yg dah selamat tukar valve ori kepada artificial punya.. tengok tak macam orang sakit pun..caya lah..alhamdulillah..

TETAPI..

terjumpa mak mah and kak tirah dalam ward pak jam tu..and mak mah story pasal nak pergi tengok shrek.. and the rest is history.. pucuk dicita durian mendatang..hah ha..

dapat lah jugak release sikit dari duduk terperap je dekat rumah kan?

and then aku ada dapat pamplet ni..pasal merokok and ways to stop it..hoh ho..nanti kau share..biar takut sikit.. semalam aku tengok kat astro awani.. diorang kata jumlah BUDAK PEREMPUAN BAWAH 10 YEARS OLD..merokok dah meningkat..huh.. cuba tonggeng kepala fikir..dah la perempuan smoking pun dah dengar pelik..ni under 10 years old..bahaya kot kalau terus macam ni.. zina lah..buang anak lah..smoking lagi..apa nak jadi..nauzubillah min zalik..

Monday, June 7, 2010

today~


assalamualaikum.

almaklumlah..cuti sekolah ni..takde benda nak buat..*padahal banyak je kerja*..so..hari ni..mak along angah and aku pergi tengok...eh rewind jap...

pagi pagi lagi kami satu family..abah mak along angah aku..dah keluar ke IJN ( institut jantung negara ) sebab nak tengok pak jam..dia kena buat open heart surgery untuk tukar heart valve dia..patut hari ni buat tapi tak jadi sebab dia demam..so insyaAllah buat esok..doakan dia berjaya..ameen~

after that abah belanja nasi kelate..dekat dekat dengan ijn tu..siap budu plus tempoyak dengan sambal belacan..memang sedap lah..alhamdulillah..

lepas tu kami pergi tengok movies dekat the mines..cerita apa? LAGENDA BUDAK SETAN..




trailer..

cerita dia ok la..tp orang yang dah baca novel kata tak berapa sangat..cerita ada la dia ubah sikit sikit..novel mula since sekolah..movie mula since kat u..ada lah lagi sikit sikit dia ubah..aku pun tak sure sangat sebab tak pernah baca kan?

kalau tengok scene by scene..then boleh kata best..tp as a whole story tak berapa..sebab takde flow sangat lah cerita dia..since ayu tukar pelakon.. jadi kureng sikit..

abah kata kalau novel tukar jadi movie jadi kurang best..sebab the reader dah tahu flow cerita and the ending..kalau nak buat movie best..buat based on kisah benar..then cerita tu boleh meletup..

apa lagi ye hari ni? haa..population ikan kat rumah ni dah bertambah..tadi abah takde kerja pergi kira ikan ikan dia..mula mula kira dari surface je..tapi asyik bergerak je..maklumlah ikan kan? ada la dalam 30 lebih..banyak kan? 3 koi besar 9 sederhana..the rest semua ikan biasa je..best lah kira 'adik beradik' baru..

pastu tadi pergi curi curi tengok kereta baru abang farizul and kak malissa ( jiran )..gempak wokk..naza forte warna putih suci..hoo..tumpang bangga tumpang gembira..tumpang naik boleh tak rasa rasa? bagus bagus muda muda lagi dah kereta branded..

tu je lah hidup aku hari ni..boring kan..iffah tanya.." holiday ke holi die?" aku rasa dua dua kot..sabtu ahad hari tu best la jugak tapi malas lah nak cerita..nanti lah ye..

tuntasnya di sini..cherish your holiday..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
  • sihat sebelum sakit
  • muda sebelum tua
  • kaya sebelum miskin
  • lapang sebelum sempit
  • hidup sebelum mati..

Sunday, June 6, 2010

aku ingin mencintaimu =)

assalamualaikum.





listened it for the first time, "ish, buruknya lagu nih..", because like what miss wong, my former piano teacher said.."the first time you hear a song..you will listen to the melody..not the content.."

and first impression aku kata melody dia..not so..

tetapi..after few days dikeudarakan di sekolah.."hmm..sedap gak en.."

so..this is it.

"Of the believers are men who are true to that which they covenanted with Allah. Some of them have paid their vow by death (in battle), and some of them still are waiting; and they have not altered in the least;"( Ahzab : 23 )

Friday, June 4, 2010

school's out ~

assalamualaikum.



i'm never going to say this..
it's not that i hate the school but..emm..aa..it's quite hard to survive there..
so i am waiting for this time to arrive..

.H.O.L.I.D.A.Y.

2 weeks..it's more than enough..is it??
i have fallen for the 'cuti' already..oh no!!

jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap kau yang punya..

*school is the sayang,ok..no worries..

Friday, May 28, 2010

terimbau~

assalamualikum..

lagu ni lawak lawak jugak tapi banyak pengajaran boleh kita ambil sesama..inilah dia..senario dalam tahun 95 ke 97..tak sure sangat lah..sebelum dan sesudah tajuk dia..

enjoy!!

recitation ~



assalamualaikum..

mari berdoa..agar kuat ingatan dan terhindar dari nyanyuk..dari ustaz dr. abdullah yasin..bacaan doa up!..1..2..up.


bismillahirrahmanirrahim..

rabbi zidni 'ilman naafi'an,
warzuqnii fahman zakiyyan,
wa zakkirnii bimaa nasiit.


ya Allah,ya tuhanku, tambahkan lah kepadaku ilmu yang bermanfaat, dan berikanlah kepadaku kefahaman yang mendalam, dan ingatkanlah kembali ( ilmu ilmu ) yang aku terlupa.


Allahumma innii
a'uzubika min an aruddu ila arzalil 'umur.


ya Allah, ya tuhanku aku memohon perlindungan dengan-Mu daripda dikembalikan kepada umur nyanyuk ( kekanak-kanakan ).

ameen~

renung renung kan dan selamat beramal...

Sunday, May 16, 2010

credits to...




assalamualikum.

16 May dah sampai.. you know what does it means??

TEACHERS' DAY <3

to all teachers of all generations..thank you very much for your guidance and thoughts..

specially for..

tadika Al-Fath's teachers..this is where my first step begins..

SK Taman Segar teachers..tanpa cikgu semua..siapalah azmina ni kan? takkan sampai jadi begini..

SMK Agama Kuala Lumpur teachers..all of them..thanks..

to all friends yang pernah mengajar aku ni..tak kisah ada mandat ke tak de kan..still berguna untuk semua..

bakal GuDa sekalian..even belum start..takpe lah aku bagi credit awal awal..

hargai cikgu anda masing masing..mereka tu ibarat lilin membakar diri sebab nak menerangi generasi yang mereka bimbing..bukan senang weyh..tak senang..

and ingat lagi tak...semua kaitan kita dengan dunia akan terputus bila kita mati..kecuali 3 perkara..doa anak yang soleh..sedekah..dan ilmu yang bermanfaat..

cikgu bagi ilmu pada anak murid..anak murid dia pulak jadi cikgu..cikgu tu pun bagi ilmu lagi..jadi cikgu jugak..and benda tu berterusan sampai kiamat..cuba bayang..banyak nya..

hargai lah cikgu ye..walau sakit mana dia sebat..walau tajam mana dia cakap..walau apa pun cikgu buat..semua tu untuk manfaat kita..ok?

akhir kalaam..selamat hari guru..terima kasih cikgu!!


Saturday, May 15, 2010

fire hazard.

assamualaikum..

almaklumlah dah lama tak balik rumah sure banyak ceritas kan??

dan ada satu cerita panas..seriously panas..

meh sini azmina nak story...

pada satu malam yang hening..after preparation class..naik dorm..dengan relax + malas + mengantuk + memikirkan kerja yang tak siap lagi uh..tetiba PA buat announcement..more to menegur silap warga aspuri..dan selepas itu berpulun lah warga aspuri membersihkan asrama yang kotor..kepada bersih..

kebetulan malam tu malam jumaat..so ada liqa'..and macam biasa lepas liqa'..kak fatma the KD akan bagi nasihat..banyak nya yang common lah..kebersihan..jangan tidur kat prep sebab asrama dah tak kunci..orang boleh naik sesuka hati time kita tidur..kalau kebakaran turun court merah cepat cepat..and habis..

macam biasa lepas liqa' mengantuk nya ter over sikit..jadi tidurlah aku dengan awalnya di katil kosong sebelah yaya..yang menghadap pintu..tengah tengah tidur sedap sedap tu..tetiba dengar orang jerit : " weyh..bangun weyh..ada kebakaran weyh.." and aku yang tengah tidur tu try lah nak interprete apa yang dia kata..kebekaran??mmm..aaa..eh!!!kebakaran!!! dan terus meloncat turun dari katil atas tu dan terus melulu keluar pintu..semua dorm pun macam tu..nampak asap.. bau asap..terus lari masuk dorm dengan jantung dup dap dup dap tak henti henti tu kan..ambik tudung..turun ke court merah..time turun tu lah nampak api oren kat prep A..lagi lah cuak kan..

tiba di court merah..nampak warden warden dah tunggu..cik omar pun ada..malu babe! bermacam macam ragam..fesyen..ada pakai baju kurung siap..cm tau tau je..ada pakai kain selimut..ada pakai tuala..nak cover aurat semua kan..ada gak yang cemas jiddan jiddan sampai tergolek kat longkang..memang havoc huru hara lah..

tetapi...hanya fire drill rupanya..tertipu aku..cis..hasilnya..lambat. patut 3 minit.. tapi 5 minit lebih baru kosong asrama..patut dah rentung dah semua..and yang agak lawak..kak keyya kata bomba dah on the way dah..sebab pakcik jaga yang ronda hari tu nampak je api 'buatan' tu menyala terus pegi call bomba...bagus pakcik..alert!! tapi kesian kat bomba tuh..tak pasal pasal..

tapi serius aku rasa cuak and dada dup dap dup dap tuh sampai pagi..memang habis realistik lah..aku tabik spring toing toing lah sama akak akak PA semua..hebat..cuba bayang pukul tiga pagi tengah tidur nyenyak nyenyak tetiba jadi macam tu..dah lah kak fatma bagi warning seciput je..mana tak terkujat aku..fuhh..

itu lah cerita 'panas' nya..berapi api..sampai terbakar prep A kan??


Align Center*jarang orang bagi notis suruh picit extinguisher tuh..just kata break the glass jeh..kesian orang ni..

Sunday, April 25, 2010

Al-Fatihah~


assalamualaikum.

hari selasa hari tu, 20/4/10..pak om or the real name is mohsan..pergi menyahut seruan ilahi..to his family bersabarlah..

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” Hadith riwayat Muslim.

and ini adalah satu ujian..

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Baqarah : 155-156)

and dah banyak kali Allah ulang dalam Quran..'setiap yang hidup pasti merasai mati'..

and kita kena yakin yang akan ada something yang lebih baik lepas ini..life must go on..ok?

"So, verily, with every difficulty, there is relief: (5) Verily with every difficulty there is relief." (Insyirah : 5-6)

"there are always a beauty in tragedy"

Al-Fatihah~

Saturday, April 17, 2010

ohh,,bulan~

cantik,kan?

assalamualaikum.

siapa suka usha bulan??
siapa kata bulan cantik,,angkat tangan...

okey okey boleh turunkan..kesian lak nanti penat..

okey lah..bulan apa korang paling suka..bulan sabit?? ataukah separuh bulan?? bulan purnama kah?? yang mana?? mai pilih pilih..undi undi siapa menang??

kalau aku..aku kata bulan penuh..atau orang panggil bulan purnama..orang putih panggil full moon..

sebab apa aku suka..sebab..dia bercahaya..banyak nuur..terpesona terpukau terpaku ter ter semua ada lah bila aku tengok..tak bergerak..ciliary muscle pun tak sempat nak boring menarik narik eyes lens bagi clear image yang fall kat retina tu..memang best arr usha bulan malam malam en..

tapi cuba bayang kan..bulan tak bercahaya..golapp..apa korang rasa..mesti buruk en..dah la banyak kawah..huduh pulak tuh..iris pun dah malas nak contract,bagi relax je biar tertutup pupil,cahaya pun tak boleh go through..

mana bulan dapat cahaya?? bulan reflect light dari matahari..sebab bulan tak boleh emit light sendiri..dengan cahaya matahari..bulan nampak cantik..cunn saja..

macam tu arr kita ni..tengok betul betul au..

islam ibarat matahari.
kita ibarat bulan.

bila kita reflect cahaya matahari..kita akan jadi cantik..tak de sesiapa boleh sangkal dah..
sama lah bila reflect cahaya islam..kecantikkannya..orang akan terpana bila tengok kita..peribadi yang cantik..perawakan yang..fuu..layak bagi tabik spring toing toing lah..

dan satu lagi..kita suka tengok bulan penuh..sebab cahaya banyak..besar pulak tu en..
sama cam kita..reflect cahaya islam sepenuhnya..baru lah semart kan?? sebab Allah sendiri suruh kita masuk kedalam islam sepenuhnya..ayat apa tak ingat lah..

kita ni hodoh je sebenarnya..dengan islam kita bersinar unggul..

*asalnya analogi dari langitilahi.com tetapi diedit sesedap rasa sendiri..sebab yang asal adalah cerpen..ok??

Monday, April 5, 2010

hidayah.

assalamualaikum.


kak anis wardah pernah kata, yang SMKAKL ni banyak hidayah tapi tak banyak taufiq..eh cam ne tu?orang nama hidayah memang ar ramai pun..tapi taufiq aku rasa ada sorang jeh..oh !! bukan begitu yer.. hidayah means apa yang Allah bagi and taufiq means apa yang kita ambil dari hidayah yang Allah dah bagi.


and now aku nak share one video (tp byk series la) yang tunjuk hamba Allah yang dapat hidayah Allah. nama dia ruben aka abu bakr. an ex-atheist. sangat best. percayalah..








* sorry eh..maybe tak berapa nak paham pasal australian accent dia..redha je lah..