Friday, December 17, 2010

mari jadi remaja yg HEBAT !


assalamualaikum.

pada suatu hari, sy menonton tv , rancangan liga ilmu , di astro oasis , masa tu , ada seorang ustaz tu (muka dia familiar tp xtau nme dy apa) kongsi pasal satu remaja yang hebat .

at first dy cakap pasal bagaimana orang yang teruk boleh menjadi hebat . buktinya ada pada zaman Rasulullah (peace be upon him) dulu , iaitu saidina Umar r.a. dulu masa dia jahil dia lah yg paling gangster , paling kuat dan berani menentang Rasulullah . tetapi bila dia dapat hidayah Allah dan menerima Islam , dia lah yang paling berani sehingga dia berani mengisytiharkan yang dia nak pergi berhijrah dengan berkata , "siapa yang isteri dy jadi janda , anak2 kehilangan ayah , halang lah perjalanan aku ."

lihat , saidina Umar r.a. yang paling hebat , paling berani pada masa dia jahiliyah dulu , boleh jadi yang paling hebat dan paling berani pada masa dia Islam . kerana apa?

kerana dia gunakan kehebatan yang dia ada pada masa jahiliyah , dalam Islam , dengan menyingkirkan jahiliyah yang dia ada dulu dan gantikan dengan Islam..

sekarang ni, bila cakap REMAJA je , nampak masalah , gejala sosial , and so on , so on yang buruk buruk lah .

dan ustaz tu cerita kan kisah seorang remaja yang dahulu nya jahiliyah tetapi diberi hidayah dan masuk Islam , nama dia sa'labah bin abd rahman .

pada suatu hari , Rasulullah suruh sa'labah ni cari satu barang , and dia pun pegi lah cari , tengah tengah cari tu tiba tiba satu pintu terselak (pintu zaman dulu bukan macam kita skrang ni, pintu time tu kain guni or sth) and sa'labah ni ternampak seorang perempuan mandi.

lepas tu, dia terus berpaling dan cakap "auzubillah !" (cbe bayang klu org skrang yg nampak, rse2 dyorg ckp pe ek? bayang je jgn jawab) . lepas tu disebabkan rasa berdosa yg amat sangat , dia pergi ke kaki bukit utk bertaubat..banyak hari dia duduk kat situ tak makan makan..hanya minum susu kambing yg dia bawa je..sampai dia sakit

Rasulullah pun suruh sahabat bawa dia balik..pastu dipendekkan cerita (ustaz tu yg pendekkan ye, bkn sy xnk citer) dia meninggal dunia di pangkuan Rasulullah..

masa nak kebumikan jenazah sa'labah ni, sahabat2 ramai berkumpul , dikeliling kuburan dia , masa tu Rasulullah nak lalu , sahabat2 pun buat laluan ( tengah2 kosong la mcmtu) . tapi , masa Rasulullah lalu , baginda lalu tu macam tak selesa,

seorang sahabat tanya baginda " kenapa macam lalu tak selesa ? kami dah buat laluan." and then, Rasulullah pun jawab "sesungguhnya kamu tak nampak betapa ramai nya malaikat yang hantar jenazah sa'labah ni"

see? dia juga seorang remaja , macam sy dan mungkin anda..dy pernah lalui masa2 jahiliyah..kita pernah? dy mampu jadi hebat , mengapa tidak kita?

*jadi mari, jadi remaja yang HEBAT di dunia dan akhirat .. belajar dari sirah , sebab dalam buku sejarah form 1 ada tulis .. who ever forgets the past are condenmed to repeat it...

kalau bukan kita, siapa lagi? kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bukan kat sini, kat mana lagi?

No comments:

Post a Comment