Sunday, May 16, 2010

credits to...




assalamualikum.

16 May dah sampai.. you know what does it means??

TEACHERS' DAY <3

to all teachers of all generations..thank you very much for your guidance and thoughts..

specially for..

tadika Al-Fath's teachers..this is where my first step begins..

SK Taman Segar teachers..tanpa cikgu semua..siapalah azmina ni kan? takkan sampai jadi begini..

SMK Agama Kuala Lumpur teachers..all of them..thanks..

to all friends yang pernah mengajar aku ni..tak kisah ada mandat ke tak de kan..still berguna untuk semua..

bakal GuDa sekalian..even belum start..takpe lah aku bagi credit awal awal..

hargai cikgu anda masing masing..mereka tu ibarat lilin membakar diri sebab nak menerangi generasi yang mereka bimbing..bukan senang weyh..tak senang..

and ingat lagi tak...semua kaitan kita dengan dunia akan terputus bila kita mati..kecuali 3 perkara..doa anak yang soleh..sedekah..dan ilmu yang bermanfaat..

cikgu bagi ilmu pada anak murid..anak murid dia pulak jadi cikgu..cikgu tu pun bagi ilmu lagi..jadi cikgu jugak..and benda tu berterusan sampai kiamat..cuba bayang..banyak nya..

hargai lah cikgu ye..walau sakit mana dia sebat..walau tajam mana dia cakap..walau apa pun cikgu buat..semua tu untuk manfaat kita..ok?

akhir kalaam..selamat hari guru..terima kasih cikgu!!


Saturday, May 15, 2010

fire hazard.

assamualaikum..

almaklumlah dah lama tak balik rumah sure banyak ceritas kan??

dan ada satu cerita panas..seriously panas..

meh sini azmina nak story...

pada satu malam yang hening..after preparation class..naik dorm..dengan relax + malas + mengantuk + memikirkan kerja yang tak siap lagi uh..tetiba PA buat announcement..more to menegur silap warga aspuri..dan selepas itu berpulun lah warga aspuri membersihkan asrama yang kotor..kepada bersih..

kebetulan malam tu malam jumaat..so ada liqa'..and macam biasa lepas liqa'..kak fatma the KD akan bagi nasihat..banyak nya yang common lah..kebersihan..jangan tidur kat prep sebab asrama dah tak kunci..orang boleh naik sesuka hati time kita tidur..kalau kebakaran turun court merah cepat cepat..and habis..

macam biasa lepas liqa' mengantuk nya ter over sikit..jadi tidurlah aku dengan awalnya di katil kosong sebelah yaya..yang menghadap pintu..tengah tengah tidur sedap sedap tu..tetiba dengar orang jerit : " weyh..bangun weyh..ada kebakaran weyh.." and aku yang tengah tidur tu try lah nak interprete apa yang dia kata..kebekaran??mmm..aaa..eh!!!kebakaran!!! dan terus meloncat turun dari katil atas tu dan terus melulu keluar pintu..semua dorm pun macam tu..nampak asap.. bau asap..terus lari masuk dorm dengan jantung dup dap dup dap tak henti henti tu kan..ambik tudung..turun ke court merah..time turun tu lah nampak api oren kat prep A..lagi lah cuak kan..

tiba di court merah..nampak warden warden dah tunggu..cik omar pun ada..malu babe! bermacam macam ragam..fesyen..ada pakai baju kurung siap..cm tau tau je..ada pakai kain selimut..ada pakai tuala..nak cover aurat semua kan..ada gak yang cemas jiddan jiddan sampai tergolek kat longkang..memang havoc huru hara lah..

tetapi...hanya fire drill rupanya..tertipu aku..cis..hasilnya..lambat. patut 3 minit.. tapi 5 minit lebih baru kosong asrama..patut dah rentung dah semua..and yang agak lawak..kak keyya kata bomba dah on the way dah..sebab pakcik jaga yang ronda hari tu nampak je api 'buatan' tu menyala terus pegi call bomba...bagus pakcik..alert!! tapi kesian kat bomba tuh..tak pasal pasal..

tapi serius aku rasa cuak and dada dup dap dup dap tuh sampai pagi..memang habis realistik lah..aku tabik spring toing toing lah sama akak akak PA semua..hebat..cuba bayang pukul tiga pagi tengah tidur nyenyak nyenyak tetiba jadi macam tu..dah lah kak fatma bagi warning seciput je..mana tak terkujat aku..fuhh..

itu lah cerita 'panas' nya..berapi api..sampai terbakar prep A kan??


Align Center*jarang orang bagi notis suruh picit extinguisher tuh..just kata break the glass jeh..kesian orang ni..

Sunday, April 25, 2010

Al-Fatihah~


assalamualaikum.

hari selasa hari tu, 20/4/10..pak om or the real name is mohsan..pergi menyahut seruan ilahi..to his family bersabarlah..

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” Hadith riwayat Muslim.

and ini adalah satu ujian..

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Baqarah : 155-156)

and dah banyak kali Allah ulang dalam Quran..'setiap yang hidup pasti merasai mati'..

and kita kena yakin yang akan ada something yang lebih baik lepas ini..life must go on..ok?

"So, verily, with every difficulty, there is relief: (5) Verily with every difficulty there is relief." (Insyirah : 5-6)

"there are always a beauty in tragedy"

Al-Fatihah~